Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melancarkan pelan strategik dalam masa terdekat sebagai kesiapsiagaan mengharungi masa hadapan.<br />Tanpa mendedahkan bila pelancarannya, Pengerusinya Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata pelan strategik itu akan merangkumi dua perkara utama iaitu penjenamaan semula imej dan digitalisasi PTPTN.
